RAWATAN JERAWAT | HERBA MALAYSIA

by Administrator

Kini anda boleh membeli Herba Jerawat dengan mudah di sini:

beli

JERAWAT – KECANTIKAN MUKA – CHINESE MASTER AKUPUNKTUR DAN HERBAL MEDIKAL CENTRE SDN BHD- MALAYSIA
:: KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK VIDEO ::

email1

RAWATAN ALTERNATIF

Setiap orang pernah melalui pengalaman kulit muka berjerawat terutamanya pada bahagian dahi lebih-lebih lagi bagi kita yang tinggal di Malaysia dan mengalami iklim khatulistiwa.

Jerawat biasanya terjadi kepada lingkungan umur yang muda dan di awal akal baligh.Hal ini disebabkan oleh keradangan kecil kelenjar minyak (kelenjar sebasea) yang mengelilingi bulu-bulu halus di wajah dan dada.Masalah jerawat ini biasanya mencapai kemuncak sekitar usia 17-19 tahun.Bagi kebanyakan orang masalah ini dapat diatasi pada usia pertengahan 20-an dan bagi mereka yang mengalami kulit sensitif masalah ini boleh berterusan sehingga umur 40-an.

Masalah ini juga boleh disebabkan oleh perubahan horman yang berkait dengan kehamilan atau menstruasi. Faktor persekitaran seperti pencemaran,panas,kelembapan atau sejuk juga boleh menyumbang kepada masalah jerawat ini.

FAKTOR PENYEBAB JERAWAT – Penelitian OLEH MALAYSIA THETOLE AKUPUNTUR DAN HERBAL

Apabila mencapai usia baligh, peningkatan paras hormon biasanya terjadi terutama pada kaum lelaki (hormon androgen). Peningkatan paras hormon biasanya terjadi kepada lelaki dan perempuan dimana ianya akan merangsang kelenjar sebaceous menghasilkan lebih banyak sebum.Kelenjar sebaceous ini biasanya sangat sensitif terhadap androgen bagi sesetengah orang dan ini adalah penyebab kepada kebanyakan lelaki mendapat masalah jerawat yang teruk sehingga memerlukan rawatan perubatan.

Masalah jerawat yang teruk biasanya disebabkan oleh bakteria pada kulit yang memakan sebum.Bakteria ini akan menghasilkan bahan yang tidak perlu dan asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit disebabkan oleh gangguan pada kelenjar sebaceous.

SIMPTOM JERAWAT – Penelitian OLEH MALAYSIA CHINESE MASTER RAWATAN AKUPUNKTUR HERBAL CENTRE

Gejala kecil pada awalnya lembut dan berbintik-bintik merah akan merubah menjadi jerawat yang mengandungi asid lemak terdegradasi.Keradangan ini akan beransur pulih dan hilang dalam beberapa hari atau minggu bergantung kepada tahap jerawat itu sendiri.

Kesan daripada masalah jerawat yang teruk akan meninggalkan kesan parut pada wajah dan ini boleh menyebabkan tekanan psiklogi dan pergaulan sosial.Oleh sebab itu rawatan awal perlu bagi mengelak masalah ini berlaku.

PENYEBAB MASALAH JERAWAT YANG TERUK – PENELITIAN OLEH MALAYSIA RAWATAN HERBAL CHINESE MASTER

- Terdedah kepada persekitaran basah seperti minyak dan bahan kimia yang lain.

- Stres dan ketegangan Emosi.

- Meremas dan memicit jerawat.

- Menstruasi

- Ubat-ubatan dan bahan kimia.

- Pemakan dan minuman.

PENJAGAAN DI RUMAH – PENELITIAN OLEH MALAYSIA CHINESE MASTER AKUPUNKTUR

Mencuci wajah dua kali sehari dengan pembersih dan pastikan kulit wajah dicuci apabila ianya berpeluh. Jangan menggosok atau memicit jerawat kerana ia akan menyebabkan masalah menjadi bertambah teruk.

Elakkan membuat gaya rambut yang menyentuh bahagian wajah anda dan syampu rambut anda secara teratur.

Jangan memicit atau memeras jerawat kerana ia akan meninggalkan parut pada wajah.

Cuba elakkan kulit wajah terdedah kepada cuaca atau keadaan yang terlalu sejuk,panas dan sinaran matahari. Ini kerana sinaran matahari boleh menyebabkan jerawat menjadi teruk.

Gunakan pelembap yang berasaskan air. Pelembab yang mengandungi minyak boleh menyebabkan pori-pori tersekat dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.

KAEDAH RAWATAN JERAWAT MALAYSIA CHINESE MASTER- AKUPUNKTUR DAN HERBA – PENELITIAN OLEH MALAYSIA CHINESE MASTER AKUPUNKTUR HERBAL

Dari penelitian CHINESE MASTER kajian menunjukkan sesetengah makanan boleh menyumbang kepada masalah jerawat. Anda sendiri boleh melihat perubahan ini dengan wujudnya bintik-bintik merah apabila anda makan sesuatu makanan, terutamanya makan yang panas atau hangat seperti makanan yang dibakar,digoreng atau makanan yang pedas.

Soalan Lazim mengenai Akupunktur dan Chinese Master rawatan Herba:

  1. Di mana hendak mencari keberkesanan dan tiada kesan sampingan formula herba semulajadi untuk kanak-kanak autisma?
  2. Adakah anda mencari pusat perubatan herba semula jadi bagi rawatan eczema?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>